suria

Majlis pengumuman jantina anak bertukar tragedi, wanita maut terkena serpihan semasa letupan

Majlis pengumuman jantina anak bertukar tragedi apabila seorang wanita maut selepas terkena serpihan semasa berlaku letupan.

MALANG tidak berbau. Seorang wanita maut selepas majlis pengumuman jantina anak tidak berlangsung seperti diharapkan.

Wanita berusia 56 tahun itu mengalami kecederaan parah akibat terkena serpihan semasa berlaku letupan yang juga sebahagian daripada kejutan majlis tersebut.

Jurucakap polis di Marion County, Iowa berkata wanita itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian di Knoxville.

Identiti mangsa bagaimanapun belum dikenal pasti.

Majlis pengumuman jantina menjadi trend hari ini selepas sekeping gambar sebuah kes dihasilkan Jenna Karvunidis pada 2008 menjadi tular di media sosial.

Sejak itu, ramai pasangan suami isteri berhasrat mengadakan majlis tersebut untuk mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkan..

Namun majlis kejutan itu tidak seindah yang disangka apabila beberapa insiden buruk dilaporkan pernah berlaku sebelum ini. - Dailystar

letupan, kejutan, pengumuman jantina

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan