suria

Dituduh dera anak gara-gara lukis kening tebal pada wajah bayi berusia 6 minggu ketika tidur

Gambar sebelum dan selepas bayi dilukiskan kening tebal oleh ibunya. Foto CATER NEWS

SEORANG ibu melukis sesuatu pada wajah anaknya yang baru lahir, ketika itu sedang tidur di sebuah parti.

Danielle McSherry-Schee dari Fife, Scotland melukis kening berwarna coklat gelap pada Isabella yang berusia enam minggu.

Ibu berusia 27 tahun itu berkongsi gambar anaknya di laman sosial Facebook.

Dia membuat guruan bahawa tindakannya itu bagi mengajar anak perempuannya yang tertidur.

Dia bagaimanapun kemudian mengaku bahawa dia hanya mahu melihat anaknya mempunyai kening tebal.

"Isabella mempunyai rambut yang terang dan secara asasnya tak ada kening. 

"Saya sering terbayangkan wajahnya apabila mempunyai kening.

"Dan suatu hari, saya terpanggil untuk melukis kening pada wajahnya," katanya.

"Saya tak berhenti ketawa apabila keadaan itu membuatkan Isabella terjaga dan saya segera mengambil gambarnya," tambahnya.

Namun, bukan semua orang berpandangan yang sama seperti ibu Isabella yang menganggapnya sebagai lucu, malah mereka menuduh Danielle melakukan penderaan ke atas anaknya.

Bagaimanapun, dia tidak melihat apa yang dibuatnya itu adalah salah, malahan mendakwa tidak menyesal dan akan melakukannya lagi. - Mirror

kening, dera

Artikel Lain