suria

Kereta api terbakar ketika penumpang memasak, sekurang-kurangnya 70 terbunuh

Keadaan kereta api yang musnah dalam kebakaran. Foto Twitter/Mirror

SEKURANG-kurangnya 70 orang terbunuh dalam satu kejadian letupan di sebuah kereta api yang sedang bergerak di Pakisatan.

Insiden menyaksikan api marak dengan pantas ke gerabak-gerabak lain.

Kebakaran berlaku apabila sebuah tong gas meletup semasa penumpang memasak dengan menggunakan peralatan yang dibawa ke dalam tren itu.

Bercakap kepada saluran TV Geo, menteri untuk kereta api, Sheikh Rashid Ahmed berkata: "Dua dapur meletop. Mereka sedang memasak, minyak masak yang mereka gunakan itu menyebabkan api marak.

Beliau menambah, kebanyakan mangsa yang terbunuh selepas mereka melompat keluar dari kereta api.

Kejadian itu memusnahkan tiga gerabak. Pasukan tentera, paramedik dan sebuah helikopter tentera berada di lokasi kejadian.

Perdana Menteri, Imran Khan mengucapkan takziah kepada semua mangsa tragedi dalam kejadian yang berlaku dekat bandar Rahim Yar Khan di wilayah Punjab.

"Amat dukacita terjadi tragedi yang dahsyat membabitkan kereta api Tezgam.

"Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa, dan semoga mereka yang cedera segera sembuh.

"Saya telah mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung kejadian," katanya. - Mirror


kereta api, tren

Artikel Lain