suria

Berang gambar bogel ketika basuh baju di sungai dirakam jiran secara curi, muat naik di FB

Gambar yang didakwa dirakam secara curi di sungai di Bali. Foto Facebook/Daily Star

DUA wanita di Bali, Indonesia akan mengambil tindakan undang-undang selepas seorang jiran didakwa mengambil gambar mereka dalam keadaan berbogel dan memuat naik di laman Facebook.

Seorang lelaki berusia 28 tahun dikatakan mengambil gambar bogel itu menggunakan telefon bimbitnya, semasa dua wanita berkenaan, masing-masing berusia 30 dan 50 tahun sedang mencuci pakaian di sebatang sungai di Kampung Mendoyo, pada Sabtu lalu.

Bercakap kepada pemberita, ketua kampung, Putu Ediana berkata, keluarga mangsa berang dengan tindakan lelaki itu dan memutuskan untuk membuat laporan polis berhubung insiden.

"Cubaan untuk menyelesaikan perkara itu di pejabat kampung gagal, berikutan suami dan keluarga kedua-dua mangsa tidak boleh menerimanya kerana melibatkan kehormatan diri.

"Mereka kemudian memutuskan untuk membuat laporan polis," katanya.

Menurutnya, dia kesal insiden tersebut berlaku di kampungnya.

Bercakap kepada Tribun-Bali, sumber berkata: "Suami kepada salah seorang mangsa mengesan perkara tersebut.

"Sudah tentu mereka marah, dan minta supaya gambar-gambar itu dipadam.

"Namun, ia sudahpun membuatkan mereka marah," tambahnya.

Polis berkata, mereka masih belum menerima laporan berhubung insiden berkenaan. - Daily Star

bogel, Bali

Artikel Lain