SEORANG pendaki membuat siaran langsung detik kematiannya secara tidak sengaja sewaktu berada di puncak Gunung Fuji. Video berjudul Let's Go to Snowy Mt. Fuji itu disiarkan menerusi platform penstriman Jepun, Niconico dan Youtube. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Tedzu itu kelihatan tercungap-cungap sewaktu mendaki gunung berkenaan pada tengah hari Isnin lalu. "Saya nak cepat ke puncak. Tangan saya sejuk terketar-ketar. "Tapi saya perlu kendalikan telefon pintar. Saya sepatutunya bawa pek pemanas badan," ujarnya dalam rakaman itu. Dia kemudiannya tiba di puncak sebelum kedengaran bunyi tergelincir dalam video itu sebelum ia tamat. Penonton siaran langsung kemudiannya menghubungi polis sekitar pukul 3.43 petang, hari sama. Mayatnya juga sudah ditemui, kata pihak polis. Dalam pada itu, ketua pasukan penyelamat, Kuniyasu Suzuki turut memberi amaran mengenai keadaan di gunung itu. "Membuat siaran langsung sewaktu mendaki sangat bahaya kerana ia boleh mengganggu fokus anda. "Anda tak patut lakukannya," ujarnya kepada pemberita. - Daily Star.