MALANG tidak berbau, begitulah nasib yang menimpa wanita ini apabila bayinya yang berusia dua tahun meninggal dunia akibat tercekik sosej. Ujar Beth Ranger, dia menghubungi talian kecemasan sebanyak tiga kali untuk memaklumkan kejadian itu pada 1 Julai tahun lalu. Dia memberi bantuan pernafasan buat anaknya sementara menunggu ambulan tiba di kediamannya di Greenhithe, Kent. Anaknya dibawa ke Hospital Darent Vallet di Dartord sebelum meninggal dunia tujuh minit kemudian. Menerusi inkues terbaharu, ibu bapa bayi malang itu kini bercadang mengambil tindakan undang kerana gagal menghubungi pasukan kecemasan secepatnya selepas kejadian berkenaan. Malah, mereka kecewa dengan alasan kekurangan kakitangan bertugas sewaktu kejadian sehingga anaknya lambat dibawa menerima rawatan. Selain itu, mereka mendakwa tindakan asas serta penemuan yang dilakukan pihak hospital ke atas bayi mereka juga tidak tepat.- Daily Star.