suria

Pendaki Gunung Everest maut selepas dapat pesanan isteri – “Dia kata ‘saya akan hati-hati, janji’…”

Kell maut dalam ekspedisi mendaki Gunung Everest. Foto WALES NEWS SERVICE

SEORANG pendaki warga Britain maut dalam ekspedisinya, sejurus selepas isterinya menghantar mesej supaya berhati-hati.

Bapa dua anak itu, Kellinu “Kell” Portelli, 54, menyertai satu ekspedisi di laluan banjaran Himalaya bagi meraih dana untuk kebajikan berkaitan dengan kanser.

Dia bagaimanapun ditemui meninggal dunia dalam khemahnya pada pagi Selasa.

Terdahulu, jurutera itu dipantau kerana tahap oksigen yang rendah.

Malahan, dia menghantar mesej kepada keluarga dan kenalan rapat menerusi aplikasi WhatsApp bagi memaklumkan tentang keadaannya yang bertambah baik.

Bercakap kepada Mail Online, isterinya, Donna, 51, berkata: "Saya beritahu dia supaya berhati-hati dan dia balas 'Saya akan berhati-hati, saya janji.

"Malam sebelumnya ada festival berlangsung dan Kell berhibur bersama penduduk tempatan dan kemudian tidur.

"Esok paginya, dia ditemui meninggal dunia ketika tidir semasa guide mahu mengejutkannya.

"Kami tunggu bedah siasat tetapi kami 99 peratus pasti ia disebabkan kekurangan oksigen.

Kell yang berasal dari Cardiff, United Kingdom meninggalkan seorang balu, Donna yang dikahwininya selama 30 tahun dan dua anaknya, Lucia, 26, dan Sam, 20. - Daily Star

pendaki, Gunung Everest

Artikel Lain