SEORANG model mendedahkan dia dikenakan denda sebanyak AS$80,000 (RM334,320) kerana menunjukkan payudara semasa menjadi penyokong di stadium ketika menyaksikan perlawanan besbol. Ketika kejadian di stadium di Washington, Amerika Syarikat minggu lalu, Julia Rose melakukan perkara itu bersama dua lagi temannya, Lauren Summer dan Kayla Lauren. Julia berkata, mereka memilih sesi perlawanan besbol kerana berpeluang untuk disiarkan dalam televisyen dan meraih perhatian ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Instafamous dikecam berkelakuan tidak senonoh semasa perlawanan besbol ada sejarah ketika naik roller coaster ARTIKEL BERKAITAN: Padah 3 Instafamous tayang payudara semasa siaran langsung perlawanan besbol, alasan mereka amat mengejutkan! Malahan, Julia mengaku mereka bersedia untuk dikenakan tindakan undang-undang, tetapi berjaya terlepas daripadanya. Ketiga-tiga mereka merancang untuk melakukan lebih banyak aksi sedemikian dalam acara sukan pada masa akan datang. Mereka menjelaskan bahawa tindakan tersebut dibuat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser payudara. Terdahulu, dilaporkan mereka dikenali kerana mempunyai ramai pengikut di laman sosial Instagram. - Daily Star