suria

Lelaki hilang selepas berenang, cincin perkahwinannya dan tangan putus ditemui dalam perut jerung

Lelaki berkenaan dilaporkan hilang selepas pergi berenang bersendirian. -foto Getty

SEORANG pelancong Scotland dikhuatiri mati selepas cincin perkahwinannya bersama 'tangan terputus' ditemui dalam perut seekor jerung, Rabu.

Lelaki berusia 44 tahun itu belum dinamakan tetapi dilaporkan hilang pada Sabtu selepas pergi berenang sendirian.

Dia dan isterinya menghabiskan masa selama seminggu di pulau Reunion di Lautan Hindi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong putus tangan, payudara dirobek jerung ketika berenang bersama ikan lumba-lumba

Pada hari kejadian, mangsa berenang di Hermitage Lagoon, di luar perairan Saint-Gilles.

Sumber penyiasat berkata: "Apabila dia tidak kembali, isterinya membunyikan penggera dan carian menyeluruh dilancarkan melibatkan bot dan helikopter.

"Para penyelam membuat carian di sekeliling terumbu karang di kawasan itu dan rondaan di darat juga dibuat melibatkan anjing-anjing pengesan. Malangnya, lelaki itu tidak dapat ditemui."

Para saintis forensik bagaimanapun menemui 'tangan terputus' semasa melakukan bedah siasat terhadap jerung berukuran 10 kaki yang dibunuh kerana dianggap ancaman.

Tiga bendera amaran dikibarkan di Saint-Gilles les Bains. Bendera merah menandakan larangan berenang dan larangan meluncur ditunjukkan melalui bendera oren. -foto Getty

Ujian DNA perlu dilakukan untuk menentukannya.

Bagaimanapun, para saintis dari Pusat Keselamatan Jerung CSR telah diberitahu bahawa cincin perkahwinan yang ditemui itu 'sepadan dengan yang dikenal pasti oleh isteri lelaki itu' menurut sumber.

Serangan jerung kerap berlaku di sekitar wilayah luar negara Perancis, kira-kira 500 batu dari Madagascar.

Berenang dan aktiviti air lain adalah larangan keras di Reunion kerana risiko serangan jerung yang tinggi.

Pada Mei, seorang peluncur berumur 28 tahun telah diserang jerung dan mayatnya kemudian ditemui terapung di pelabuhan Saint-Leu.

Ia menandakan serangan jerung ke-24 dan serangan maut ke-11 yang dilaporkan di Reunion sejak tahun 2011.

Semasa lawatan ke Reunion bulan lalu, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata kerajaannya melakukan segala yang mungkin untuk menangani krisis jerung. -MetroUK

jerung, serang, maut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan