suria

Penyelidik di China cipta jam tangan pada kulit, boleh dipakai seperti tatu

Jam ini boleh dipakai untuk tujuan kecergasan mahupun pemakaian kasual.

KEMAJUAN teknologi membolehkan pelbagai ciptaan yang tidak pernah terfikir dek akal dicipta dan menjadi realiti.

Terbaharu, satu jam canggih persis tatu yang boleh dipakai di kulit sedang dalam proses untuk dibangunkan di China.

Skrin futuristik yang boleh diregangkan itu dikatakan lebih hebat berbanding jam pintar berjenama terkenal yang ada di pasaran pada masa kini.

Malah, ia dianggap sebagai pembuka jalan ke arah integrasi antara manusia dan robot.

Dibangunkan sepasukan penyelidik, ia boleh dilekatkan pada kulit dan berfungsi seperti skrin telefon bimbit.

Kata Profesor Desheng Kong dari Universiti Nanjing, jam itu boleh dipakai untuk tujuan kecergasan mahupun pemakaian kasual.

"Ada sensor epidermal yang membolehkan ia memantau degupan jantung, tekanan darah, paras oksigen dalam darah dan glukos," ujarnya lagi. - Daily Star.

jam, kulit, tatu

Artikel Lain