suria

Gadis dicekik pasangan yang dikenali menerusi Tinder ketika melakukan hubungan intim

Grace Millane disyaki dibunuh oleh kenalan lelaki yang dikenali menerusi aplikasi janji temu di Tinder ketika melakukan hubungan intim di New Zealand, tahun lalu. Foto: Dailystar

SEORANG gadis disyaki dibunuh oleh kenalan lelaki yang dikenali menerusi aplikasi janji temu di Tinder ketika melakukan hubungan intim di New Zealand, tahun lalu.

Juri bagi perbicaraan kes bunuh Grace Millane diberi tahu bahawa gadis itu pernah memaklumkan rakannya bahawa dia mempunyai keserasian bersama pasangan yang dikenali menerusi aplikasi janji temu itu.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan detik-detik terakhir Grace dilihat minum dan bercumbu dengan pasangannya di sebuah bar di Auckland, sebelum dia ditemui mati.

Pelajar Universiti Lincoln itu sedang mengembara ketika dia tiba di New Zealand pada November tahun lalu dan berkenalan dengan seorang lelaki berusia 27 tahun itu yang kini merupakan suspek yang membunuhnya.

Grace pada 1 Disember memberi mesej kepada rakannya, Ameena Ashcroft bahawa dia serasi bersama lelaki tersebut.

Mahkamah juga dipertontonkan rakaman ketika Grace dilihat meninggalkan Hostel Base Backpackers dan berjalan berhampiran Sky City, di mana dia bertemu lelaki tersebut dan memeluknya.

Mereka dilihat memasuki Bar Andy’s Burgers and Bar, dan minum bersama.

Pasangan itu juga dirakam kamera di jalan saling berjalan berpegangan tangan dan menghabiskan masa selama sejam di Bluestone Room, sambil bercumbuan.

Rakaman juga menunjukkan pasangan itu memasuki lif apartmen CityLife pada 9.40 malam menuju tingkat tiga.

Tertuduh, yang tidak dinamakan, didakwa telah mencekik Grace ketika sedang melakukan hubungan intim.

Sementara itu pihak pendakwa berkata kematian gadis tersebut adalah secara tidak sengaja.

Rekod di telefon menunjukkan defendan melakukan carian di internet dengan kata kunci  ‘api yang paling hangat’, ‘beg besar berhampiran saya’ dan ‘Waitakere Ranges’ - di mana badan Grace kemudiannya ditemui di dalam sebuah beg pakaian. - Dailystar

New Zealand, Tinder

Artikel Lain