suria

Dipenjara 22 tahun kerana lakukan penderaan seksual terhadap bayi berusia 18 bulan

Kane Fanelli berdepan hukuman penjara selama 22 tahun kerana melakukan penderaan seksual dan fizikal ke atas seorang bayi berusia 18 bulan. Foto: Mirror

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun kerana melakukan penderaan seksual dan fizikal ke atas seorang bayi berusia 18 bulan.

Kane Fanelli,27, didakwa melakukan perbuatan berkenaan sejak Mei 2018 hingga june 2018.

Akibat perbuatan kejam Fanelli, kanak-kanak itu mengalami kecederaan serius di seluruh tubuh badannya seperti lebam, bengkak, kesan luka bakar, bekas gigitan dan melecet, selain turut mengalami trauma.

Salah seorang ahli pediatrik yang menilai keadaan mangsa berkata bahawa ‘dalam lebih 25 tahun amalan pediatrik dia jarang melihat kecederaan yang sedemikan terhadap kanak-kanak’.

Mangsa diberikan rawatan perubatan diletakkan segera di bawah perlindungan polis.

Fanelli dari Clover Close, Luton, telah disabitkan selepas perbicaraan berlangsung selama tujuh minggu di Mahkamah Mahkamah St Albans. - Mirror

dera, seksual, bayi, penjara

Artikel Lain