suria

Lelaki bunuh diri selepas penggal kepala isteri, kelar leher anak beberapa jam sebelum kes cerai dibicarakan

Polis menjumpai pisau yang digunakan supsek untuk membunuh isteri dan juga anaknya.

MAYAT seorang wanita dan anaknya ditemui dalam keadaan menyayat hati dipercayai dibunuh suaminya.

Menurut laporan New York Daily, wanita itu dan suaminya dilaporkan dalam proses perceraian di mahkamah.

Polis menjumpai kepala Jennifer Schlecht, 42, terpisah daripada badannya di dalam bilik mandi di sebuah apartmen di New York City pada malam Rabu.

Malah mayat anak perempuan Schlecht ditemui di dalam bilik tidurnya dengan kesan kelar di lehernya.

Suspek Yonathan Tedla pula ditemui menggantung diri sejurus selepas membunuh isteri dan juga anak perempuannya berusia lima tahun.

Schlect (kiri) dibunuh kejam suaminya.

Pihak berkuasa percaya Tedla bertanggungjawab melakukan pembunuhan kejam itu sebelum membunuh diri.

Schlect dan Tedla diarahkan hadiri ke mahkamah untuk prosiding perceraian mereka beberapa jam sebelum mayat mereka ditemui.

Polis bergegas ke kediaman pasangan itu di selatan Harlmen selepas abang Schlecht menghubungi polis selepas dia gagal mengesan kakaknya.

Seorang jiran yang enggan namanya didedahkan berkata dia ternampak dan bertegur sapa dengan suspek sehari sebelum kejadian.

"Saya amat terkejut kerana dia tidak kelihatan seperti lelaki kejam," katanya. - Metro.co.uk

bunuh, penggal kepala, cerai

Artikel Lain