suria

Maut terjatuh dalam tiub lava sewaktu bersihkan taman belakang rumah

Mayat warga emas itu ditemui pada kedalaman 22 kaki di bawah tanah.

SEORANG lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tiub lava tersembunyi sewaktu sedang memotong dahan pokok dekat taman rumahnya.

Warga emas dari Hawaii itu sedang membersihkan taman di belakang rumahnya semasa kejadian berlaku.

Tiub lava merupakan terowong besar di bawah tanah yang terbentuk akibat letusan gunung berapi.

Apabila sudah tidak lagi aktif, ia tidak mengeluarkan lava tetapi membentuk terowong besar dibawah permukaan bumi.

Pihak berkuasa pergi ke kediaman lelaki itu di bandar Hilo, Hawaii pada pagi Isnin selepas seorang rakan memberitahu tidak ternampak mangsa beberapa hari.

Penyiasat mendapati lelaki itu terjatuh melalui kawasan tanah lembut di kawasan tamannya sebelum melakukan pencarian ke dalam tiub lava tersebut.

Anggota bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang berada pada kedalaman 22 kaki di bawah tanah.

Hasil bedah siasat mendapati warga emas itu maut selepas terjatuh ke dalam tiub lava tersebut.

Pakar vulkanologi, Ken Hon memberitahu Washington Post bahawa tiub lava itu biasa ditemui di kepulauan tersebut.

"Kamu mungkin berdiri di salah satu tiub lava tanpa kamu sedari," katanya. - Dailystar

tiub lava, warga emas, maut

Artikel Lain