suria

Universiti tawar ‘terapi kubur’ untuk pelajar tangani stres masa periksa, siap ada senarai menunggu!

Universiti Radboud baru-baru ini menjadi tular selepas seorang alumni mendedahkan pendekatan unik mereka untuk menguruskan tekanan pelajar, iaitu kubur. Foto: Mirror

PERNAHKAH anda mendengar mengenai terapi meditasi kubur?

Mungkin kedengaran sedikit aneh, tetapi itulah yang dilakukan oleh sebuah universiti bagi membantu para pelajarnya menghadapi tekanan peperiksaan.

Ramai yang telah berusaha untuk menawarkan pelbagai terapi alternatif untuk membantu pelajar mengalami kebimbangan atau gemuruh semasa tempoh peperiksaan.

Ada yang menawarkan sesi terapi anjing, tempat yang menenangkan dan sebagainya, namun tidak ada lagi universiti yang menawarkan terapi luar biasa seperti Universiti Radboud ini.

Universiti yang terletak di bandar Nijmegen, Belanda, baru-baru ini menjadi tular selepas seorang alumni mendedahkan pendekatan unik mereka untuk menguruskan tekanan pelajar, iaitu kubur.

Menurut para pelajar, kaedah pelik itu sangat popular, malah mereka terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan kubur lebih awal.

Seorang pelajar Sean McLaughlin berkata: “Saya dan rakan serumah saya merancang untuk pergi seminggu yang lalu, dan kami mendapati terdapat senarai menunggu untuk masuk ke dalam kubur, jadi ia agak popular, kami belum lagi berpeluang setakat.”

Kubur tersebut lengkap dengan selimut dan tikar yoga untuk memastikan keselesaan ‘penghuninya’. - Mirror

kubur, tekanan, peperiksaan, universiti

Artikel Lain