suria

Sakit perut teruk, bebola magnetik ‘buckyballs’ tersekat di pundi kencing gara-gara mahu ‘meneroka anatomi tubuh’

Kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun itu berkata dia memasukkan bebola tersebut ke dalam penisnya kerana mahu ‘meneroka anatomi tubuh’. Foto: AsiaWire/ Wuhan Children's Hospital

SEORANG kanak-kanak lelaki menderita sakit perut yang teruk selepas 31 biji bebola magnetic ‘buckyballs’ tersekat di dalam pundi kencingnya.

Kanak-kanak lelaki dari Wuhan, sebuah ibu kota wilayah Hubei, di China yang berusia 12 tahun itu berkata, dia memasukkan bebola tersebut ke dalam penisnya kerana mahu ‘meneroka anatomi tubuh’.

Buckyballs adalah sejenis mainan popular yang dijual dalam bentuk sfera logam, yang boleh disusun dalam pelbagai bentuk.

Pakar Urologi, Dr Wang Jun berkata bebola-bebola itu sukar untuk dikeluarkan kerana sifat magnetnya.

Pada mulanya, pegawai perubatan tidak dapat mengenalpasti punca yang menyebabkan kanak-kanak itu mengalami sakit perut yang teruk.

Dr Wang berkata: “Ia tidak kelihatan seperti masalah gastrousus, jadi kami menariknya dan bertanya kepadanya.

“Dia mengakui, sekitar 70 hari sebelum itu, dia memasukkan Buckyballs menerusi uretranya”.

Para doktor terpaksa mengisi pundi kencing kanak-kanak lelaki itu dengan udara untuk memudahkan proses mengeluarkan Buckyballs, sekaligus mengelakkan keperluan untuk pembedahan yang lebih invasif. – Metro.co.uk

Artikel Lain