suria

Lelaki maut digilis kereta api, beberapa hari selepas kekasih ditemui gantung diri gara-gara batal ‘dating’

Kenangan... Adam dan Chloe merupakan pasangan kekasih. Foto Facebook / Mirror

SEORANG lelaki bertindak melompat ke landasan di hadapan sebuah kereta api, hanya beberapa hari selepas kematian kekasihnya.

Pekerja gudang, Adam Howarth, 29, sepatutnya keluar bersama dengan Chloe Spencer, 27, tetapi teman wanitanya membatalkan pertemuan itu.

Chloe kemudian ditemui mati menggantung diri di rumahnya pada keesokan pagi.

Mangsa dipercayai menghantar mesej kepada Adam pada pukul 3 pagi, hanya dua jam sebelum mayatnya ditemui.

Enam hari kemudian, Adam bertindak melompat di hadapan sebuah kereta api dekat kediamannya di Wigan, Manchester di United Kingdom.

Polis percaya dia cuba melompat keluar dari landasan pada saat akhir tetapi digilis keretapi dan maut di tempat kejadian.

Pasangan itu menjalinkan hubungan pada Julai 2018, tetapi terdapat masalah antara mereka beberapa kali. - Mirror

dating, kereta api, kekasih, maut

Artikel Lain