SEORANG wanita membelanjakan RM 107,097.72 untuk melukis tatu pada keseluruhan tubuh badannya. Amber Luke yang memuat naik foto-foto tubuh badannya yang dipenuhi tatu pelbagai corak itu di laman Instagram. Menurut model dari Australia yang berusia 24 tahun itu, dia mula mencacah tatu pada tubuh badannya sejak Januari lalu. Dia juga berkongsi foto sebelum dan selepas bagi menujukkan transformasi tubuh badannya yang dipenuhi tatu. Amber juga berhasrat untuk menutupi keseluruhan kulit di tubuh badannya dengan tatu menjelang ulang tahun kelahirannya yang ke-25, Januari tahun depan. Pada gambar terkini, Amber menunjukkan dia masih mempunyai sebahagian kulit yang masih belum dicacah dengan tatu. Pada Instagram, dia menulis: “Bermula Januari tahun ini hingga saat ini!” “Lihatlah perkembangan ini. Sejujurnya saya berfikir saya akan mencapai matlamat saya menjelang usia 25 tahun. “Saya ucapkan terima kasihyang tidak terhingga kepada artis yang menghasilkan semua karya seni yang indah ini di atas badan saya. “Saya sayang kamu semua.”- Dailystar