suria

Diejek gemuk oleh rakan sekolah, model dedah mesej pembuli merayu mahu jadi kawan

Diana mengakui pernah dibuli sewaktu zaman belajar.

SEWAKTU remaja, Diana Sirokai sering dibuli kerana berat badannya.

Dia juga sering diejek dan dilabel terlampau gemuk serta tidak layak menjadi model.

Kini, pada usia 23 tahun, dia menjadi seorang model yang berjaya.

Ujar Diana, para pembuli sewaktu zaman sekolah kini merayu untuk menjadi rakannya.

Malah, mereka turut menghantar mesej menerusi Instagram kepada Diana.

"Saya mula menjadi model sewaktu usia 16 tahun, masa tu untuk muzik video.

"Saya dibuli sewaktu belajar, mereka kata saya gemuk. Tak nampak macam model.

"Dua tahun saya dibuli. Kini orang yang buli tu mesej dan mereka kata bangga dengan saya," ujarnya.

Diana dilahirkan di Budapest, Hungary dan berpindah ke London sewaktu berusia 13 tahun.

Antara jenama yang pernah menggunakan khidmat Diana sebagai model termasuklah Asos, Boohoo, Fashion Nova dan River Island. - The Sun.

 

Diana Sirokai, gemuk, model, pembuli

Artikel Lain