SEORANG lelaki menemui ajal selepas dijangkiti sejenis bakteria berbahaya kesan daripada jilatan oleh anjing peliharaannya. Mangsa yang berusia 63 tahun sebelum itu terpaksa ditahan selama dua minggu di hospital. Dia menderita radang paru-paru, gangren dan demam dengan suhu yang tinggi. Doktor akhirnya memutuskan untuk mematikan mesin sokongan hayatnya. Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu dijangkiti dengan Capnocytophaga Cnimorsus, sejenis bakteria yang biasanya ditularkan oleh gigitan - namun dalam kes ini, ia boleh tersebarmelalui jilatan. Pada mulanya, mangsa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami gejala seperti selesema. Dalam empat hari pertama, mangsa mengalami ruam di wajahnya, sakit saraf, dan lebam di kakinya. Kemudian, buah pinggang dan hatinya mula tidak berfungsi, kulitnya semakin teruk dan dia juga mengalami serangan jantung. Kes tersebut dilaporkan dalam jurnal perubatan oleh doktor dari Hospital Rote Kreuz di Bremen, Jerman. - Dailystar