SEORANG gadis mengambil keputusan untuk menggantung diri selepas tidak dapat menerima hakikat bahawa teman lelakinya merupakan seorang pedofilia. Lydia Roberts, 21, mengetahui kelakuan jijik teman lelakinya, Adam Wells selepas menemui gambar-gambar mengenai kanak-kanak yang didera secara seksual di dalam telefon bimbit lelaki tersebut. Dia kemudian menghantar mesej kepada Wells, 27, bagi meminta penjelasan. Dia menulis: “Ia sesuatu yang sangat salah. Lihat gambar itu dan beritahu saya ia tidak menyalahi undang-undang” Adam, pada awalnya mempertahankan diri dan menyifatkan gambar-gamabr tersebut sebagai 'perkara lucah yang sudah lama', tetapi kemudian memohon maaf kepada Lydia. “Tolong Lydia, saya akan membetulkan diri saya, kehilangan anda akan menjadi perkara besar untuk saya,” tulis Wells membalas mesej teman wanitanya. Lydia kemudian melaporkan perkara itu kepada polis sebelum dia kemudiannya menggantung diri. Dalam temu bual eksklusif dengan Mirror.co.uk, ibu Lydia, Michelle, mengatakan Wells bertanggungjawab atas kematian anaknya. Teks mesej terakhir di antara Lydia dan Wells yang merupakan seorang pedofilia didedahkan oleh ibu kepada gadis malang berkenaan. - Mirror.co.uk