suria

Wanita digelar ahli sihir, disisih masyarakat gara-gara dilahirkan dengan 20 jari kaki

Kumar Nayak mengalami kecacatan tersebut sejak lahir dan disebabkan keadaannya itu, dia digelar ahli sihir serta disisihkan masyarakat. - Foto: SWNS

SEORANG wanita di India terpaksa berkurung selepas disisihkan masyarakat kerana menganggapnya sebagai ahli sihir.

Ia gara-gara Kumar Nayak, 63, mempunyai 12 jari tangan dan 20 jari kaki.

Wanita dari Odisha itu mengalami kecacatan tersebut sejak lahir dan tidak pernah mendapatkan rawatan.

Menurutnya, orang ramai sering menjauhkan diri berikutan keadaannya yang luar biasa.

“Saya dilahirkan dengan kecacatan ini dan tidak mendapatkan rawatan kerana kehidupan keluarga yang miskin.

“Selama 63 tahun saya hidup dalam keadaan ini. Penduduk berdekatan percaya bahawa saya seorang ahli sihir dan menjauhkan diri.

“Tetapi kadang-kadang ada pengunjung yang datang melihat keadaan saya. Saya terpaksa tinggal di dalam rumah kerana kerana dilayan dengan cara berbeza," katanya.

Bagaimanapun, seorang jiran yang bersimpati dengan keadaan wanita itu berkata: “Saya tahu dia mempunyai masalah perubatan dan tiada kaitan dengan tanggapan orang terhadapnya.

“Saya simpati kerana dia tidak mampu untuk mendapatkan rawatan untuk dirinya,” kata jiran tersebut. - Metro.co.uk

ahli sihir, masyarakat, jari, India

Artikel Lain