SEORANG lelaki berusia 30 tahun ditahan kerana merogol anak tirinya yang masih di bawah umur selama tiga tahun. Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai S, dari Kalimantan Selatan disyaki memperkosa anak tirinya, SL sejak usianya 11 tahun. Polis di Tabalong, Iptu Matnur berkata SL pertama kali dicabul ketika dia berada dalam darjah 5. "Tindakan ini dilakukan oleh bapa tirinya sudah berkali-kali sejak mangsa masih di kelas 5 SD, sampai sekarang mangsa sudah kelas 1 SMP (tingkatan 1)," kata Iptu Matnur, Rabu, memetik Kompas. Berdasarkan pengakuan pelaku, menurut Matnur, setiap kali bertemu dengan mangsa, dia tidak dapat menahan nafsu seksualnya. Kali terakhir mangsa dirogol pada Isnin, ketika SL pulang ke rumah pada dan dia terus masuk ke bilik mangsa. Bapa tirinya terus memeluk dan memperkosa mangsa. Kes ini terbongkar apabila mangsa sudah tidak tahan lagi dengan perlakuan bapa tirinya dan dia kemudian mengadu kepada bapa saudara dan datuknya. Tidak dapat terima kenyataan cucunya kerap dicabul, datuknya terus membuat laporan polis. Polis kemudian menahan pelaku di rumahnya dan dibawa ke Balai Polis Tabalong. Lelaki itu mengakui perbuatannya memperkosa anak tirinya. Dia kini ditahan di sel tahanan polis Tabalong dan akan didakwa di bawah Undang-undang Perlindungan Anak dengan berdepan hukuman maksimum 15 tahun penjara.