SEORANG wanita ditemui mati bersama anaknya di sebuah empangan selepas mereka dilaporkan hilang pada November 2018. Emma Sillett dikatakan mengikat tangan Jenson, 5, sebelum mereka terjun ke dalam empangan. Sebelum terjun, Emma meletakkan sejumlah batu dalam poket anaknya itu. Menurut laporan, Emma dan anaknya sempat menikmati hidangan restoran makanan segera beberapa jam sebelum kejadian itu. Emma, 41, dikatakan sudah beberapa tahun mengalami tekanan perasaan sebelum menamatkan riwayatnya bersama Jenson di Empangan Balehouse, Tintwistle, England. Kisah dua beranak itu medapat perhatian selepas bapa mangsa, John Spellman membuat luahan menerusi Facebook. - Daily Star.