suria

Pesalah seks antara 202 tahanan yang dibebaskan secara tidak sengaja sejak 3 tahun lalu

Antara kesalahan lain yang dilakukan termasuklah kehilangan waran dan salah pengiraan hukuman. FOTO: Getty

SEORANG ketua penjara didakwa tersilap membebaskan 202 tahanan sejak tiga tahun lalu di Britain.

Antara yang dibebaskan termasuklah pesalah seks dan juga pelaku jenayah berat.

Statistik kerajaan menunjukkan 72 tahanan dibebaskan bermula Mac 2016 hingga Mac 2017.

Ia merupakan angka tertinggi yang dicatatkan sejak 2007.

Pada tahun berikutnya, 66 lagi tahanan turut dibebaskan secara tidak sengaja.

Dalam tempoh 2015 hingga 2016 pula, seramai 64 tahanan turut dibebaskan akibat kecuaian pegawai berkenaan.

Antara kesalahan lain dilakukan termasuklah kehilangan waran, salah pengiraan hukuman dan kecuaian membebaskan tahanan.

Angka ini didedahkan menerusi inkues Kebebasan Informasi selepas seorang pesalah seks dibebaskan dari penjara secara tidak sengaja pada Februari lalu. - Daily Star.

penjara, banduan, tahanan, pesalah seks

Artikel Lain