SEKUMPULAN saintis di China berjaya menghasilkan baka kacukan khinzir dan monyet. Menerusi kajian itu, dua khinzir dikacukkan dengan DNA monyet yang mana ia berjaya dilahirkan dengan sempurna. Ia dilakukan dengan proses persenyawaan melibatkan lebih 4,000 embrio. Ia menjadikan dua haiwan itu memiliki bahan genetik monyet cynomolgus dalam badannya termasuklah dalam paru-paru, jantung, limpa dan kulit. Dua khinzir itu bagaimanapun mati tidak sampai seminggu selepas ia dilahirkan. Pada Julai lalu misalnya, saintis di China ada mengusulkan idea untuk menghasilkan monyet dengan sebahagian otak manusia. Ia bertujuan mengkaji pelbagai penyakit seperti alzheimer dan sebagainya. - Metro.UK.