suria

Penari ditembak di muka gara-gara berhenti rehat

Hina mengadakan persembahan tarian sempena majlis perkahwinan anak perempuan ketua kampung sebelum terkena tembakan itu. Foto: Susheel Shukla/bbc

GARA-GARA berhenti sebentar untuk berehat, seorang penari wanita ditembak pada wajahnya sewaktu melakukan persembahan pada majlis perkahwinan minggu lalu di kampung Tikra di Chitrakoot, Uttar Pradesh, India.

Penari berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Hina itu mengalami kecederaan yang kritikal pada bahagian rahang akibat tembakan tersebut.

Hina dikejarkan ke hospital, namun keadaannya dilaporkan stabil, kata pegawai polis.

Dalam kejadian pada1 Disember itu, Hina mengadakan persembahan tarian sempena majlis perkahwinan anak perempuan ketua kampung sebelum terkena tembakan itu.

Dalam video 42 saat yang mula tular di media sosial itu, mangsa dan rakannya yang dikenali sebagai Naina membuat persembahan sambil membelakangi barisan tetamu.

Sebaik lagu habis dimainkan, mereka berhenti menari sebelum kedengaran suara laungan tetamu dan bunyi tembakan.

Tertuduh yang melepaskan tembakan dikenali sebagai Sudhir Singh dan Phool Singh.

Kedua-duanya ditahan pada Jumaat berkaitan kejadian itu, kata polis.

Insiden itu mula diperkatakan selepas video kejadian tular di media sosial - bbc.com

Artikel Lain