suria

Bawa revolusi dalam dunia runcit, pencipta kod bar meninggal dunia pada usia 94 tahun

Laurer meninggal pada Khamis lalu. FOTO: AL SANTOS/UNIVERSITY OF MARYLAND.

GEORGE Joseph Laurer yang membawa revolusi dalam dunia peruncitan dengan memperkenalkan kod bar sekitar tahun 1970-an meninggal dunia Khamis lalu di Wendell, Amerika Syarikat (AS).

Bekas jurutera yang berkhidmat untuk syarikat komputer IBM itu merupakan pencipta bersama Kod Produk Universal (UPC) yang boleh mengimbas pelbagai jenis produk, perkhidmatan dan barangan.

Sewaktu khidmatnya bersama IBM, dia mencipta UPC dan turut menjadi jurutera kanan pada 1969.

Paling diingati tentunya pada 1973 apabila dia mempelopori pembangunan simbol UPC dan menjadi revolusi pada hampir setiap industri di dunia.

Pada tahun 1973, IBM melancarkan produk itu dan urus niaga kod bar pertama berlaku pada 26 Jun tahun berikutnya di sebuah pasar raya di Troy, Ohio.

Kod bar merupakan belang hitam putih dengan ketebalan berbeza yang mana ia hadir dengan 12 digit nombor.

Ia digunakan sebagai identiti pengenalan setiap produk yang menjadi satu perubahan besar dalam dunia peruncitan suatu ketika dahulu. - BBC.

George Joseph Laurer, IBM, kod bar

Artikel Lain