GURU di sebuah sekolah didakwa bersikap keterlaluan selepas seorang pelajar disuruh pulang ke rumah kerana gaya rambutnya. Poppy Leigh, 13, merasai sambutan Hari Krismas pada minggu terakhirnya di sekolah sebelum perayaan itu dengan menggayakan rambut seperti pokok Krismas. Pelajar Akademi Kesihatan Manchester itu diberi kata dua sama ada menanggalkan dekorasi lampu pada rambutnya atau pulang ke rumah. Gaya rambut pokok Krismas Poppy dibuat dengan membalut rambutnya pada sebuah botol air yang kosong. Ibunya, Christie berkata: "Saya sangat kesal. Ia hanya sekadar suka-suka dan keceriaan Krismas sebelum bercuti. "Dia hanya mahu suasana lebih menyeronokkan. Poppy sentiasa melakukan gaya rambutnya," katanya. Pengetua, Keven Green berkata: "Gaya rambut pelajar itu memang kreatif tetapi malangnya ia tidka sesuai untuk digayakan di sekolah." Dia bagaimanapun menafikan pelajar tersebut dihantar pulang kerana kesibukan pihak sekolah menganjurkan aktiviti sempena musim perayaan. - Metro