suria

Mahu hadiahkan boyfriend kit ujian DNA, ibu kekasih dedah bekas suami bukan bapa kandung

Seorang wanita berkongsi tentang ibu kekasihnya terkejut mengenai cadangan untuk menghadiahkan kit ujian DNA kepada anak lelakinya sempena Krismas. Foto Paul Yeung/Bloomberg / Gambar sekadar hiasan

SEORANG wanita berkongsi pengalamannya membeli kit ujian DNA untuk teman lelakinya.

Bagaimanapun, kejutan hadiah sempena Krismas bukanlah idea yang bijak kerana membongkarkan rahsia keluarga kekasihnya.

Wanita yang tidak dikenali itu mendedahkannya menerusi perkongsian di forum di laman sosial Reddit.

Dia menjelaskan hadiah tersebut dimaklumkan kepada ibu teman lelakinya dan mendapat reaksi yang mengejutkan.

"Bila saya cakap mengenai ujian DNA, dia terus pucat dan tidak keruan," tulisnya.

"Dia cakap, ia membuatkannya gementar. Kamu perlu tunggu hingga hari jadinya untuk berikan hadiah itu. Saya dan ayahnya perlu berbincang'."

Wanita itu kemudian mengetahui punca dia tidak boleh memberikan kit ujian DNA itu kepada kekasihnya.

Ibu kekasihnya membuat pendedahan bahawa bekas suaminya bukanlah bapa kandung kepada dua anak mereka termasuk teman lelakinya.

Menurutnya, bekas suaminya tidak boleh memberikan zuriat, maka mereka terpaksa mencari penderma sperma untuk memulakan keluarga baharu.

Wanita itu berasa terbeban dengan rahsia itu mencadangkan agar ibu kekasihnya menjelaskan perkara sebenar secepat mungkin. - Mirror 


DNA, kit, kekasih, Krismas, hadiah

Artikel Lain