suria

Setiausaha kantoi curi dana sekolah untuk belanja percutian, bilik mandi baharu

Michelle Pidcock didakwa mencuri dana sekolah. Foto Leicester Mercury/Chris Gordon

SEORANG setiausaha di sebuah sekolah didakwa pecah amanah selepas mencuri dana sekolah berjumlah £84,000 (RM451,567).

Sekolah rendah Ashby Hill Top di Ashby, Leicestershire di United Kingdom terkejut Michelle Pidcock mengambil wang tinai berkenaan dan membuat invois palsu untuk mengaburi kegiatannya.

Perkara itu dimaklumkan menerusi pendengaran di Mahkamah Leicester Crown.

Menurut laporan Leicester Live, Michelle, 47, memindahkan wang tersebut ke akaun bank suaminya secara berperingkat sejak 2014 dan jumlah itu meningkat pada 2018.

Dia dilaporkan memerlukan wang tersebut untuk membayar pinjaman, baik pulih rumah dan percutian.

Michelle yang berasal dari Highgate, Ashby mengaku melakukan kesalahan itu di sekolah.

Dia disabitkan hukuman penjara dua tahun dengan 250 jam kerja tidak bergaji dan menyertai aktiviti pemulihan selama lima hari.

Hakim turut mengarahkannya untuk membayar ganti rugi £84,282 (RM452,889) dalam tempoh 28 hari. - Mirror 

pecah amanah, curi

Artikel Lain