PERCUTIAN seorang wanita sempena Krismas bertukar duka apabila kerusi roda miliknya hilang akibat kecuaian sebuah syarikat penerbangan. Gemma Quinn yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya hanya duduk dalam bilik hotel dan tidak dapat keluar bergembira kerana ketiadaan kerusi rodanya. Kerusi roda itu hilang di Lapangan Terbang Manchester sebelum dia berlepas ke Dubai dan seterusnya ke Singapura. Menurut wanita berusia 35 tahun itu, dia lumpuh sejak tahun 1992. "Ini sepatutnya menjadi percutian terbaik dalam hidup, tapi ia jadi mimpi ngeri. "Saya sentiasa mahu jalani hidup normal, kerap melancong walaupun sukar. Kejadian ini membuatkan saya rasa betul-betul tak berupaya," katanya. - The Indipendent.