suria

Sekolah transgender pertama bakal beroperasi di India - “Pendidikan akan memperkesakan mereka”

Tarikh pembukaan sekolah itu bagaimanapun tidak dimaklumkan lagi.

SEMUA orang ada hak untuk menuntut ilmu.

Itulah yang menjadi pegangan kepada pembukaan sekolah transgender pertama di Uttar Pradesh, India.

"Perlu ada lebih inisiatif untuk membawa jantina ketiga ini ke dalam arus perdana sosial.

"Transgender juga sebahagian daripada masyarakat dan ada hak untuk hidup seperti kita.

"Mereka juga patut sertai politik. Pendidikan akan memperkesakan mereka dan membuka peluang baharu dalam hidup," kata ahli parlimen parti Bharatiya Janata, Ramapati Ram Tripathi.

Tambahnya, usaha itu akan membantu golongan berkenaan menjadi lebih berdikari dan bersedia untuk kerjaya profesional

Malah, ia juga akan membantu meningkatkan taraf hidup mereka selepas sekian lama diketepikan selama ini.

Tarikh pembukaan sekolah itu bagaimanapun tidak dimaklumkan lagi. - India Today.

sekolah, transgender, pendidikan

Artikel Lain