MALANG tidak berbau. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kejadian melibatkan sebuah tongkang di Kepualauan Galapagos, berdekatan Ekuador, Amerika Selatan. Negara itu berhadapan tugas berat untuk mengekang kesan buruk kepada alam sekitar ekoran tumpahan 600 gelen minyak petrol di dalam laut. Ia susulan tragedi sebuah tongkang yang karam, beberapa hari lalu. Tongkang itu karam selepas sebuah kren yang sedang memunggahkan kontena terbalik ke atasnya. Lebih menakutkan, petugas tongkang itu terpaksa terjun ke dalam laut sewaktu ia terbalik dan karam. - BBC.