suria

Istana terkejut, bekas suami Puteri Norway meninggal dunia kerana bunuh diri

Ari Behn meninggal dunia pada usia 47 tahun dipercayai kerana membunuh diri. Foto: metro.co.uk

BEKAS suami kepada Puteri Norway, Martha Louise meninggal dunia pada usia 47 tahun.

Menerusi satu kenyataan Istana yang diumumkan pada petang sambutan Hari Krismas pada Rabu, Ari Behn meninggal dunia dipercayai kerana membunuh diri.

Kematian Behn, yang juga seorang penulis, benar-benar membuatkan seluruh keluarga diraja terkejut.

Dalam satu kenyataan, Raja Harald berkata: “Dengan kesedihan yang sangat besar bahawa Ratu dan saya telah menerima mesej tentang kematian Ari Behn.

“Ari telah menjadi sebahagian yang penting dalam keluarga kami selama bertahun-tahun, dan kami membawa kenangan yang hangat dan manis tentangnya.

“Kami bersyukur kerana kami mengenali dia.”

Ari Behn dan Princess Martha berkahwin pada tahun 2002, tetapi bercerai pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan selama 15 tahun itu, mereka dikurniakan tiga anak perempuan. - Metro.co.uk

Ari Behn, Puteri Norway, bunuh diri

Artikel Lain