suria

Pengantin dikecam busana ‘separuh bogel’ – “Pakai seluar dalam ‘opah’ atau lampin bayi?”

Pasangan pengantin bergambar bersama pengapit. Foto Reddit

SEORANG wanita mencetuskan kekecohan di media sosial apabila menunjukkan baju pengantinnya.

Ini kerana pengantin perempuan berkenaan memakai busana yang jarang pada hari perkahwinan, sehingga mendedahkan seluar dalamnya yang besar.

Foto parti perkahwinan itu dikongsi di laman sosial Reddit baru-baru ini dengan persoalan: "Seluar dalam 'opah' atau lampin bayi?"

ARTIKEL BERKAITAN: Bungkusan ‘free gift’ ada seluar dalam ‘opah’, kaki shopping online tak jadi nak teruja – “Ada ke orang nak beli?”

Busana pengantin itu diperbuat daripada kain renda, mempunyai lengan, dan dipadankan bersama seluar renda.

Seluar pendek warna putih pula dipakai pengantin di bahagian dalam busana itu.

Walaupun mungkin pakaiannya yang seksi itu menarik perhatian segelintir tetamu, tetapi yang lain terkejut dengan seluar pendek yang dilihat seperti seluar dalam 'opah'.

Selain itu, seluar putih tersebut turut digambarkan seperti lampin bayi.

Malah, ada yang mempersoalkan mengapa pengantin perempuan tidak menyarungkan kain dalam.

"Kenapa ada yang mahu tunjuk separuh bogel di hadapan keluarga dan ipar?" soal seorang netizen. - Daily Star

Artikel Lain