GUNUNG Anak Krakatau di Lampung, Selat Sunda meletus sekali lagi pada pagi Ahad, dengan meletuskan abu dan asap setinggi 200 meter. Data daripada Laporan Aktiviti Magma Volcanik yang disusun oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral untuk Pengendalian Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi menunjukkan bahawa aktiviti gunung berapi berlangsung selama kira-kira dua minit bermula pada pukul 5.29 pagi Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Letusan gunung berapi bawa ancaman tsunami ke AS dan UK Rakaman CCTV dari kawasan gunung berapi menunjukkan letusan 200 meter dari dasar kawah. Andi Suardi, yang bertanggungjawab dalam pos pemantauan di Kampung Hargopancuran di Kabupaten Rajabasa, Kabupaten Lampung Selatan, pada Isnin berkata, tingkat waspada gunung berapi berada pada tingkat dua daripada tingkat empat dalam sistem amaran. Sungguhpun letusan menjadi perkara biasa di kawasan itu, Andi menasihatkan penduduk tempatan dan pelancong untuk menjauhi kawasan kawah. "Ia adalah aktiviti gunung berapi pertama yang berlaku bulan ini," kata Andi dipetik kompas.com. Sebelum letusan, aktiviti rekod terakhir Anak Krakatau berlaku pada 27 Oktober. Letusan besar yang terakhir berlaku pada Disember tahun lalu, ketika Anak Krakatau meletuskan asap setinggi 3,000 meter dan mencetuskan tsunami yang mengorbankan sekurang-kurangnya 430 orang. - The Star