suria

Musim sejuk ‘paling panas’, Moscow terpaksa guna salji tiruan

Pihak berkuasa mengumpul salji tiruan untuk dipaparkan di pusat bandar Moscow. Foto mariksa_10/Instagram

MOSCOW mengalami suhu yang lebih panas pada musim sejuk kali ini, sehingga pihak berkuasa terpaksa membuat salji tiruan di pusat bandar itu bagi membangkitkan semangat dan kemerian orang ramai.

Seorang pengguna Instagram memuat naik gambar yang suram di Kremlin.

Menerusi keterangan gambar, ia berkata: "Itulah semua salji di Moscow. Ia dijaga di Red Square.

Ibu negara Rusia itu mengalami Disember yang paling panas, dan kemungkinan musim sejuk paling panas.

Suhu 5.6 Celsius (c), 6.5c dan 6.2c pada 18, 19 dan 23 Disember. 

Ia mencatatkan suhu yang paling panas pada musim sejuk di ibu negara itu sejak 1886.

Kebiasaannya suhu purara adalah -6c pada Disember dan Moscow sudah dilanda salji ketika ini. - Metro

Moscow, Rusia, salji

Artikel Lain