suria

Pengalaman Hari Krismas terburuk, lima sekeluarga ‘angkat kaki’ selepas tunggu hampir sejam makanan tak sampai, staf restoran pula biadab

Keluarga Jo pada mulanya mahu meraikan Krismas dengan menikmati hidangan di The Bathampton Mill, namun pulang dengan hampa selepas mengalami pengalaman buruk di restoran itu. Foto: TripAdvisor

SEBUAH keluarga mengalami pengalaman Hari Krismas terburuk selepas hasrat mereka untuk menikmati hidangan di sebuah restoran terpaksa dilupakan, gara-gara perkhidmatan yang teruk di restoran berkenaan.

Jo Macpherson, 39, pasangannya Simon Wright, 59, ibunya, Beryl Wright 85, dan anak perempuan, Harriet Wright, 8, pada mulanya mahu meraikan Krismas dengan menikmati hidangan di The Bathampton Mill.

Tempahan lima jenis hidangan berharga £250 (RM1,347.09) juga sudah dibuat lebih awal.

Bagaimanapun, selepas menunggu kira-kira sejam, hidangan pertama masih belum tiba dan dalam masa yang sama terdengar kekecohan staf restoran yang bertengkar di dapur.

Keluarga itu juga mendakwa mendapat layanan yang buruk daripada seorang staf restoran.

Insiden berkenaan menyebabkan keluarga itu memutuskan untuk meninggalkan restoran tersebut ranpa menjamah hidangan yang sudah dipesan.

Menurut Jo, terdapat beberapa keluarga lagi yang turut mengalami nasib yang sama seperti mereka ketika itu, malah ada yang terpaksa menunggu untuk duduk sedangkan tempahan sudah dibuat lebih awal.

Dilaporkan, The Bathampton Mill meminta maaf kepada keluarga tersebut di atas pengalaman buruk mereka dan mahu mengembalikan semula wang yang sudah dibayar.

Jo bagaimanapun berikrar dia dan keluarganya tidak akan mengunjungi restoran itu lagi. - Metro.co.uk 

Artikel Lain