KETIKA mula-mula-memutuskan untuk berhenti kerja sebagai pereka fesyen dan menjadi pengasuh kanak-kanak, Sam Mills merasakan jantinanya sebagai lelaki bakal menghalang prospek kerja baharunya. Namun siapa sangka, lelaki berusia 38 tahun itu akhirnya mendapat permintaan yang tidak disangka-sangka. Sam mula menyedari dia berkebolehan menjaga anak kecil selepas anak perempuannya, Molly, 4, lahir. Justeru, dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada kerjayanya yang popular dengan menjadi pengasuh sepenuh masa sejak November 2017. Dia mengenakan upah sebanyak £4.50 (RM24.27) untuk setiap jam bagi setiap orang kanak-kanak. Sam turut mengajar kanak-kanak tersebut dengan pelbagai topik seperti memasak, membakar kek dan sebagainya. Perkhidmatannya mula meniti dari bibir ke bibir sehingga ramai ibu bapa memohon untuk menghantar anak mereka di bawah asuhan lelaki tersebut. Malah, ada ibu bapa yang sanggup menunggu sehingga lima bulan demi mendapatkan perkhidmatannya. - Metro.co.uk