suria

Mimpi ngeri pekerja pembersihan, 19 bangkai kucing ditemui dalam timbunan sampah di rumah pelanggan

Sebuah rumah dipenuhi dengan timbunan sampah. Foto Mercury Press & Media

SATU pasangan yang membersihkan rumah orang yang suka mengumpul barang, mendedahkan salah satu lokasi menemukan 19 bangkai kucing di sebalik timbunan sampah.

Tamara Bender yang berkunjung ke Amerika Syarikat bersama suami, Jeremy dan pasukan pembantu yang memberikan servis menangani rumah-rumah yang dipenuhi sampah.

Tamara, 37, berkata, penemuan bangkai kucing itu merupakan salah satu kes terburuk yang pernah dilihatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Penyewa dari neraka’ memang wujud! Pemilik perlu ‘daki’ timbunan sampah cecah siling nak masuk rumah... siap pakej haiwan, bangkai

ARTIKEL BERKAITAN: "Beri saya peluang move on" - Penghuni minta maaf 'ternak' lipas, takutkan rakan serumah

Bangkai-bangkai itu ditemui di sebalik timbunan sampah di sebuah rumah di Arizona.

Ibu tujuh anak itu berkata, dia dan pasukannya kemudian melakukan pembersihan secara menyeluruh di rumah itu.

"Anda perlu bersiap sedia secara mental, dan berehat mahupun pergi membeli-belah untuk cuba melupakan apa yang anda telah lihat.

"Seorang wanita tidak tahu rumahnya itu dipenuhi dengan bangkai-bangkai kucing.

"Kami sentiasa berkata, kami dapat bayaran berganda, tapi akhirnya adalah ganjaran untuk melihat kami telah mengubah hidup mereka, kita dapat lihat perbezaan ketara," katanya.

Tamara mendakwa, terdapat lebih 60 kucing di rumah itu, termasuk 19 bangkai. - Mirror


bangkai, kucing, sampah

Artikel Lain