SEORANG tukang cat terjatuh gara-gara tangga yang dinaikinya digoyang dengan kuat oleh seorang warga emas berkerusi roda. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan tangga yang dinaiki Fernández Sanchez, 46, disandarkan pada sebuah bangunan tiga tingkat di Lima, Peru untuk memudahkannya melakukan kerja mengecat. Seorang warga emas berkerusi roda kemudian dilihat menghampiri tangga yang dinaiki Sanchez dan bertindak menggoyangkan tangga sehingga mengakibatkan lelaki itu jatuh ke bawah. Dipercayai tindakan warga emas itu didorong oleh perasaan marah kerana tangga tersebut menghalang laluannya. Sanchez kemudian dibantu oleh seorang pejalan kaki untuk bangun. Dia kemudian dikejarkan ke hospital namun dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius. Pihak polis sedang menyiasat insiden berkenaan dan sedang mengenalpasti identiti warga emas terbabit. - Metro.co.uk