suria

Gadis akui buntu, kesal teman lelaki suka berbogel sewaktu parti

Gadis itu mengakui malu dengan tindakan teman lelakinya. FOTO: Getty.

SEORANG gadis meluahkan rasa buntu akibat sikap teman lelakinya yang seolah-olah tidak tahu malu.

Menurut gadis yang enggan dikenali itu, teman lelakinya suka membuka pakaian khususnya sewaktu sedang berparti.

Menceritakan pengalamannya, dia mengimbas kejadian itu turut berlaku sewaktu parti yang dianjurkan oleh sepupunya.

"Saya bawa dia ke parti sepupu, dalam satu jam dia dah naik atas meja dan buka pakaian.

"Semua orang bersorak, saya pula yang rasa hina," kata gadis itu.

Tidak terhenti di situ, kejadian sama turut berlaku apabila dia membawa teman lelakinya ke parti Krismas yang dianjurkan oleh majikannya.

Kata wanita itu, dia kini bagaikan tidak berminat untuk bercinta dengan lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai bahan jenaka orang ramai. - Daily Star.

 

parti, bogel, teman lelaki

Artikel Lain