JUTAWAN yang juga pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg dilihat hadir di sebuah gedung beli-belah murah di California bersama isterinya, Priscilla Chan. Biarpun memiliki kekayaan bernilai lebih AS$77 bilion (RM315.8 bilion), dia ternyata selesa membeli-belah di kedai ekonomi seperti orang biasa. "Saya terkejut lihat mereka. Menurut seorang pekerja, mereka memang selalu datang ke sini. "Troli mereka kosong, mungkin mereka baru sampai. "Mereka juga tidak kisah foto dirakam dan ramai yang kata pasangan itu sangat mesra," ujar seorang pengunjung. Zuckerberg sememangnya dikenali ramai dengan sikap rendah dirinya yang tidak mengangungkan kemewahan. - The Sun.