SEORANG pesalah pedofilia secara sukarela menawarkan dirinya untuk menjalani rawatan pemandulan. Menurut John Robert Gibson, dia membuat keputusan itu demi mengatasi nafsunya ke atas kanak-kanak. Dia sebelum ini pernah mendekati golongan kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun di sebuah taman di Teeside, England, untuk memuaskan nafsunya. Lelaki berusia 44 tahun itu dilaporkan menunjukkan alat sulitnya kepada kanak-kanak yang sedang bermain di taman berkenaan. Sewaktu dibicarakan di mahkamah, Gibson mengakui kesalahannya dan mengakui insaf atas perbuatan itu. Dia kini secara terbuka mengakui bersedia untuk mandul jika cara itu boleh membantu dia mengatasi keinginan jijik dalam diri. - Daily Star.