PAKAR dermatologi terkenal, Dr Pimple Popper membantu mengubah kehidupan seorang lelaki dengan mengeluarkan 'buah zakar' ketiga yang merupakan lebihan lemak. Ravon, 26, membintangi dalam satu episod rancangan TV realiti, di mana dia melakukan pembedahan terhadap pesakitnya seperti pengeluaran kulit dan saliran pembuangan ketumbuhan di bawah kulit. Bapa seorang anak dari Tennessee, Amerika Syarikat itu mengalami ketumbuhan yang berat 'tergantung' di kelangkangnya sejak setahun lalu. Keadaan itu menyebabkan dia kurang yakin, sehingga menjejaskan kehidupan seksualnya termasuk keupayaan untuk ke tandas. "Reaksi awal saya bersama Ravon adalah 'wow'," kata Dr Lee dalam program tersebut. Ketulan yang berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan. "Apabila seseorang memberitahu saya bahawa mereka mempunyai ketumbuhan di kaki mereka, ia bukan apa yang saya harapkan. "Tetapi saya sangat terkejut pada awalnya, saya fikir saya melihat sesuatu yang tak kena," katanya. Ravon berkata, benjolan itu bermula dari saiz bola kecil. Ia kemudian membesar seperti bola tenis sejak enam bulan lalu. Selepas pembedahan tersebut, Ravon memegang ketulan yang berjaya dikeluarkan. "Bila saya pegang, beratnya kira-kira 1.4 hingga 1.8 kilogram. "Tapi sekarang benjolan kecil yang terasa seperti beribu-ribu kilogram itu telah ditanggalkan," katanya. - Daily Star