suria

Lelaki ‘patung Ken’ kini tampil transgender – “Saya sentiasa rasa diri seperti Barbie”

(kiri) Rodrigo semasa menjadi lelaki 'patung Ken'. Foto PA (kanan) Penampilan terbaharu Rodrigo sebagai transgender. Foto Adam Gerrard/Sunday Mirror

SEORANG lelaki sebelum ini dikenali sebagai 'patung manusia Ken' selepas membuat pembedahan plastik untuk mengubah penampilannya. 

Bagaimanapun, Rodrigo Alves kini dengan beraninya tampil sebagai transgender.

Berimej gaun dan kasut tumit tinggi, bintang Celebrity Big Brother itu berkata: "Rasa yang mengagumkan apabila akhirnya beritahu kepada dunia bahawa saya seorang gadis.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Patung Ken' Belum Puas Hati!

ARTIKEL BERKAITAN: Cukuplah Bedah Plastik! - Lelaki Patung Ken

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Kejutan Lelaki Patung Ken

"Saya dikenali sebagai Ken, tetapi di dalam diri saya sentiasa berasa seperti Barbie," katanya.

Suntikan hormon membuatkan dia kelihatan feminin, malah memakai pakaian dalam.

Dia turut memakai rambut dan bulu mata palsu untuk kelihatan anggun.

Rodrigo yang kini mahu dikenali sebagai Roddy berkata: "Akhir saya merasakan diri saya yang sebenar." - Mirror

Artikel Lain