SEORANG lelaki dan anaknya maut dipercayai ditembak secara tidak sengaja oleh sekumpulan pemburu kerana disangka rusa. Insiden berlaku di sebuah hutan di Selatan Carolina pada Rabu lalu. Kim Drawdy, 30, dan anak perempuannya, Lauren, 9, terbunuh di Colleton County dekat Waterboro ketika empat pemburu keluar memburu rusa di hutan terbabit. Kedua-dua mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian. Drawdy dan anaknya dikatakan begitu menggemari aktiviti outdoor. Jabatan Sumber Asli sedang menyiasat punca kejadian itu tetapi jurucakap David Lucas enggan mendedahkan maklumat terperinci berhubung perkara itu. Jelasnya lagi, beberapa insiden serupa berlaku setiap tahun di Selatan Carolina. Pada 2019, sebanyak 16 kes dilaporkan berlaku di wilayah itu. - Metro.co.uk