suria

Instafamous dipenjara lima hari gara-gara panjat Piramid Giza

Vitaly berkongsi gambarnya di puncak piramid itu dengan seramai 3.1 juta pengikutnya di Instagram.

SEORANG Instafamous dipenjara lima hari di Mesir selepas memanjat Piramid Giza dan berkongsi gambar swafotonya.

Vitaly Zdorovetskiy dirakam memanjat piramid tersebut sebelum memuatnaik gambar kakinya untuk tatapan seramai 3.1 juta pengikutnya di Instagram.

Dia bagaimanapun dipenjara hampir seminggu akibat perbuatannya itu.

Namun Vitaly memberitahu pengikutnya bahawa dia tidak pernah menyesal dengan perbuatannya itu.

"Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan apa yang saya lalui sepanjang lima hari lalu."

"Saya suka Mesir kerana saya memanjat Piramid Giza."

"Saya sudah banyak kali masuk penjara tetapi ini paling teruk."

"Saya lakukannya atas alasan tertentu dan akan berkongsi video penuh tidak lama lagi," katanya.

Pada 2016, Vitaly turut memanjat papan tanda Hollywood dan meluru masuk ke gelanggang bola keranjang pada aksi final NBA.

Bekas kekasihnya, Kinsey Wolanski turut mencetuskan kontroversi apabila meluru ke tengah padang ketika Liverpool bertemu Tottenham Hotspur pada aksi final Liga Juara-Juara tahun lalu. - Dailystar.co.uk

Instafamous, penjara, panjat, Piramid Giza

Artikel Lain