PEGAWAI bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan seekor biri-biri yang tersepit antara pagar dan dinding yang menempatkan timbunan baja kompos, gara-gara terlalu gemuk. Biri-biri bernama Yum Yum yang berusia dua tahun itu pada mulanya berjalan-jalan di sekitar kawasan Holbury bersama seekor lagi biri-biri bernama Tasty, sebelum ia tersepit ketika melalui ruangan sempit dek kerana saiz badannya yang besar. Usaha mengeluarkan Yum Yum mengambil masa selama satu jam. Seorang jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Hampshire berkata: 'Ia tidak cedera, dan sekarang ia gembira kembali kepada tuannya'. Insiden itu berlaku apabila sekumpulan anjing pengembala cuba 'menghalau' kawanan biri-biri itu ke tempat selamat gara-gara banjir yang berlaku di kawasan berkenaan. - Metro.co.uk